Khamis, 25 Februari 2010
~~~Bestfriend~~~
Sabtu, 20 Februari 2010
Mulut...
Isnin, 15 Februari 2010
Petua Mencuci Hati..
Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah! jadikan hatiku bersih"
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah "Aku sebenarnya (perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda / cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.
:disertasi.blogspot.com:
Rabu, 10 Februari 2010
Cuci Minda...
1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
3. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
4. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
5. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
6. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
7. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
8. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
9. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
10. Semua beruang kutub adalah kidal.
11. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
:lelabu dot com:


