Selasa, 16 Mac 2010

????????




Penat jaga hati orang yang sangat tak bertimbang rasa. Terima kasih la..

Khamis, 25 Februari 2010

~~~Bestfriend~~~

Betullah kata orang bahawa kawan baik kita itulah sebenarnya musuh dalam selimut. Dan saya akui kini. Terima kasih kawan.. Oh, perlukah saya masih memanggilnya kawan??

Sabtu, 20 Februari 2010

Mulut...

Hari nie ringan pulak mulut nie nak marah orang. Ok, bukan sesuka hati nak marah sebenarnya tapi entahlah. Mamat tue memang membuatkan tekanan darah sesiapa jugak meningkat dengan segera. Dan aku pulak kalau dah hangin memang begini. Bahasa ikut sedap mulut dan hati. Tuhan maafkanlah hambamu ini.

Isnin, 15 Februari 2010

Petua Mencuci Hati..



Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah! jadikan hatiku bersih"

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah "Aku sebenarnya (perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda / cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.




:disertasi.blogspot.com:

Rabu, 10 Februari 2010

Cuci Minda...


1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

2. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.

3. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

4. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

5. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

6. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

7. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.

8. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

9. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

10. Semua beruang kutub adalah kidal.

11. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

:lelabu dot com:

Inilah Lagu Saat Saya Mahukan Ketenangan...

Selasa, 9 Februari 2010

HaTi Saya Cakap..

Ya, memang kadang kala saya menjadi seorang yang terlalu mengikut perasaan. Tapi itulah saya. Tapi dalam soal dia entah mengapa saya boleh bertolak ansur. Tolanglah hilangkan perasaan itu. Saya tidak perlukannya. Perasaan itu hanya membuatkan saya lebih menyayanginya. Tapi ada orang lain yang berhak. Maafkan saya..

Sabtu, 6 Februari 2010

KEGILAANKU...

Agak lama jugak aku tak update blog... Bukan takde cerita untuk di kongsi tapi agak kesuntukan masa. Masa banyak di habiskan dengan ofis dan keluarga. Kerja kat ofis pon belambak-lambak. Bahagian akaun sekarang hanya ada 3 orang, head department aku, a/c executive & aku. Memang tak menang tangan buat kerja. Biasa lah kalau jadi org bawahan nie, semua kerja kita yang kena buat. Sebab tue aku takde masa nak melayan blog nie. Lagipon entah angin apa entah semenjak dua menjak nie aku terlebih rajin pulak buat karemal dengan kek. Haha...layankan jela.. Walaupun kek yang aku buat asyik x jadi tapi sedap jugak lah...hahaha.. Karemal pulak ok lah..hehe.. Ada masa aku akan upload gambar tersebut. Tapi janji jangan gelak k.. Gelak dalam hati ok la...hehe... Oklah, aku nak bersiap ke rumah kawan aku. Dia nikah petang nie.. Dan aku jelez nie..kenapa dia nikah lagi awal dari aku..hahaha.. Ok, bye...=)

Rabu, 6 Januari 2010

Hari Ini...

1) HARI YANG SANGAT PANJANG.
2) HARI YANG MEMENATKAN.
3) HARI YANG TIADA MOOD.
4) HARI UNTUK BEREHAT.


Jumaat, 1 Januari 2010