Ya..memang benar saya mengunakan blog ini sebagai tempat meluahkan isi hati. Tidak pernah saya minta sesiapa untuk membaca apatah lagi menjadi pengikut setia. Tetapi terima kasih kepada yang mengikut. Pengertian kalian amat dihargai. Saya juga tidak pernah menggunakan blog ini sebagai tempat untuk melobi diri sendiri apatah lagi memohon simpati. Seperti yang saya katakan tadi blog ini hanyalah sebagai tempat saya meluahkan isi hati. Maaf kenapa yang terasa @ tidak menyukai blog ini. Anda tidak perlu membacanya jika merasa saya hanya membebel tidak tentu hala, mengatakan perkara yang merepek @ merasa saya meminta simpati semua. Saya tidak pernah menghebahkan blog saya kepada sesiapa tetapi saya tidak merahsiakan dari sesiapa yang mahu mengikuti blog saya. Jadi sekiranya kamu merasakan setiap tulisan saya di blog ini menysahkan kehidupan kamu ianya tidak berkudis pon pada saya. Perlukah saya mengulangi kata-kata saya di atas yang mungkin akan membuatkan kamu terus mengatakan macam-macam tentang saya? Oh, tidak mengapa.. Teruskanlah apa jua yang ingin kamu katakan. Ianya akan mungurangkan dosa saya. Terima kasih wahai wanita...
oh, ya..perlukah saya menulis nama kamu??
jangan risau saya bukan manusia sebegitu.
tapi jangan lupa saya juga manusia biasa...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan