Pertamanya takziah diucapkan kepada AJIEM sekeluarga. Siapa AJIEM? Oh, dia kawan aku semasa sekolah. Dari sek, ren sehinggalah sek. men. Aku agak rapat dengannya. Apatah lagi adik kami juga berkawan. Sempat aku menziarahi ibunya tadi. Luluh hati aku melihat tangisan adik ajiem, SYAFIKAH (maaf andai salah ejaan) semasa di dalam pelukan mama. Bertambah pilu mendengar esakannya ketika di dalam pelukanku. Pada umur yang muda 16 tahun sudah kehilangan ibu. Semakin deras air mataku mengalir apabila melihat AJIEM menangis. Ya, lelaki itu sentiasa ceria sepanjang persahabatan kami. Jarang oh bukan tidak pernah aku melihat wajah muramnya. Tapi hari ini... Pastinya dia sangat merasai kehilangan ibunya. Apatah lagi selama ini dia yang paling banyak menghabiskan masa bersama keluarganya membantu ayah dan ibunya. Dengan perkataan apa lagi perlu ku gambarkan perasaan ini. Sungguh, hati aku pilu melihatkan kesedihan AJIEM. Tenanglah wahai sahabatku.. Oh, ya. Terharu hati aku melihat rakan baiknya JEFRI turut berada di situ. Ya, mereka memang sejiwa. Harapanku semoga JEFRI dapat menceriakan hati-hari AJIEM yang mungkin suram itu. Semoga segalanya dapat mereka tempuhi dengan tenang dan sabar. Takziah sekali lagi buat AJIEM sekeluarga.
memeningkan..
16 tahun yang lalu



zai, mak azmi meninggal ke?
BalasPadamaaaa...x tau yerk..
BalasPadam