Jumaat, 28 Ogos 2009

Dia Yang Aku Rindu

Maybe tak semua orang tahu sapa yang aku maksudkan. Hanya teman-teman rapat saja yang tau. Tapi aku memang merindui DIA. Dulu DIA kata aku and DIA adalah kawan baik. Tapi sekarang semua berbeza. Kami jarang sekali berhubung. Mesej yang aku bagi pon tak pernah dia balas. Tak tahulah mana silapnya. Tapi yang pasti kiteorg jadi macam ni lepas berlaku 1 peristiwa yang sememangnya melukakan hati aku (sapa yang rajin baca blog ini akan tahu apa peristiwa tersebut). Tapi semua dah terjadi. Takde apa yang perlu difikirkan lagi. Kerana pada aku persabahatan yang terjalin adalah yang terbaik. Kalau nak di bandingkan dengan kelukaan hati aku ianya terlalu kecil. Ah, bukan luak pon kalau terluka sikit. Aku harap sangat kiteorg dapat jadi macam dulu. Berkongsi cerita dan pandangan, menjadi sahabat yang terbaik, menjadi mendengar yang setia, sentiasa berada di sisi sebagai penyelamat dan sabar melayan kerenah aku. Maybe gosip yang terjadi sedikit sebanyak membuatkan dia berfikir panjang. Aku tak salahkan dia. Aku faham sebab aku pon pernah alami. Cuma aku minta kesempatan untuk bertemu dan merungkaikan segala yang terjadi.. Maafkan aku untuk segalanya. I really misz u..as my bestfriend.. My real bestfriend..



P/S : Superman...awak tau saya cakap psl kita kn..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan