Isnin, 29 Jun 2009

Maafkanla...

Malam tadi dia telefon. Buat pertama kalinya aku angkat selepas beberapa hari. Tapi mesej aku still balas. Memang aku marah dengan dia. Marah sangat-sangat. Aku rasa seolah-olah dia mempermainkan persahabatan kami. Sebab itu aku mogok. Aku cakap aku perlukan sedikit ruang untuk berfikir. Tapi selepas berfikir, hati aku masih berpihak kepada dia. Degil betul hati aku. Walaupun sudah banyak kali aku cuba untuk menghilangkan seluruh kepercayaan yang pernah aku sandarkan kepada dia tetap hampa. Hati aku masih mahu dia di sisi aku walaupun setelah apa yang berlaku. Bukan tidak mendengar nasihat teman, tapi entah mengapa hati aku sukar membencinya. Ya, memang pada mulanya aku marah dan sedih kerana diperlakukan begitu. Tapi aku masih mahukan dia di kala aku dihimpit masalah. Dialah insan pertama yang aku mahu di sisi ketika bersedih. Masih masih dia duduk di sisi mendengar setiap keluhan..walaupun untuk seketika bertemankan secawan teh tarik di kedai mamak tapi setiap minit yang berlalu membuatkan hati aku tenang. Mungkin kerana itu aku sukar melepaskan dia dari hati. Jujurnya dia teman yang baik sepanjang kami berkawan.. Dia yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan, mendengar setiap keluhan tanpa jemu, memberi nasihat dan pandangan yang meyakinkan, berkongsi cerita denganku dan melayani setiap keletahku. Aku masih belum bertanyakan hal yang sebenar pada dia. Pernah juga hati kecil aku berkata, untuk apa percaya pada cerita orang sedangkan aku lebih mengenali dia. Tetapi hati jahat aku juga pernah berbisik, hati manusia tak siapa boleh jangka. Jadi apa harus aku buat. Segala kenangan persahabatan kami adalah yang terindah. Cuma sehingga sekarang aku masih tertanya-tanya. Kalau benarlah seperti yang dikatakan untuk apa dia lakukan begitu? Apa manfaatnya buat dia? Apa keseronokan yang diperolahi? Dan apa salah aku sehingga dia perlakukan aku sebegini? Tapi dia masih sahabatku...

Sabtu, 27 Jun 2009

_Seperti Dia_

Aku baru jerk habis baca novel karya penulis tempatan iaitu Fatin Nabila. Watak dalam novel buatkan aku teringat kepada seseorang.. Banyak persamaan antara mereka. Orangnya sangat memahami, sentiasa menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu aku dalam setiap perkara. Kami juga kenal tak lama, tak sampai pon setahun. Tapi aku rasa seperti dah lama kenal dan kerana itu aku senang berkongsi cerita dengan dia. Tapi semua itu kisah dulu. Kini aku pon tak pasni tentang persahabatan itu. Biarlah masa yang menentukan segalanya.. Aku doakan kebahagiaan dia untuk selamanya.

P/S : Rindu zaman bersama dia..

~ Erti Persahabatan ~


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

P/S : Artikal ini aku terima dari seorang teman melalui email..Mungkin dia nak menyedarkan aku.. Terima kasih..

in a gud mood~~

Dah bape hari nie mood aku tak ok.. Aku tak pena sangka dia yang aku percaya selama nie rupe nyer bukanlah seperti yang aku sangka.. Maybe tue yang orang kata ASAM GARAM KEHIDUPAN.. Memang tiada manusia yang sempurna cuma aku buta menilai kebenaran. Maybe aku patut tanya kat dia kenyataan yang sebenar, walaupun mungkin pahit untuk aku telan. Tapi mungkin itu yang terbaik.. Aku sayangkan persahabatan kiteorang. Dia kawan yang baik sepanjang perkenalan kami. Sebab tue aku rasa aku dah cukup kenal dia. Tapi nampak nyer tak semua pasal dia aku tahu. Kecewanya aku bila dia buat aku macam nie.. Tapi aku tak pernah salahkan dia atau sesiapa.. Salah aku sendiri..jadi aku tanggung sendiri.. Cuma aku tak sangka dia begitu.. Entahlah, yang aku tak faham kenapa dia tak berterus terang dengan aku. Maybe dia ada alasan tersendiri yang dia tak mahu kongsi dengan aku..tapi tak pela. Aku terima apa pon alasan dia.. Cuma aku nak dia tau yang aku gembira sepanjang persahabatan kami.

P/S : Jujurlah dengan apa jua perkara...

Khamis, 25 Jun 2009

Teman-Teman


Kadangkala mereka memberi kebahagiaan kepada kita,
Kadangkala mereka punca kesedihan kita,
Kadangkala mereka di sisi kita,
Kadangkala mereka menjauhi kita,
Kadangkala mereka mereka menjadi sumber inspirasi kita,
Kadangkala mereka jugalah musuh dalam selimut...


P/S : Terima Kasih kepada teman-teman yang sentiasa di sisi...

Rabu, 24 Jun 2009

Di Saat Kebosanan...!!



1. how old are you?
= 20 tahun 7 bulan

2. are you single?
= no...i have bf..

3. at what age do you think you'll get married?
= hmm...ntah..maybe 27..

4. do you think you'll marrying the person you are with now?
= jodoh di tangan TUHAN..so x leh nak ckp..

5. if not, who do you want to marry?
= not sure..!!

6. who will be your bridesmaid & bestman?
= nas and acap...so stand by from now k..haha

7. do you want a garden/beach or traditional wedding?
= of coz traditional wedding..!!

8. where do you plan to go on honeymoon?
= tak kisah..janji pulau..

9. how many guests do you think you'll invite?
= family + friends + jiran + org kampung + semua yang = kire la sendiri...

10. will that include your exes?
= yap..ok per..

11. how many layers of cake do you want?
= 5..

12. when do you want to get married, morning or evening?
= 1 day..morning until nyte..bole tak??

13. name the song/tune you'd like to play at your wedding.
= oF coz la SELAMAT PENGANTIN BARU..kata tradisi..haha

14. do you prefer fine dining or just normal spoon & fork? knife?
= all..

15. champagne or red wine?
= fresh orange..!!

16. honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
= 1 week after wedding...

17. money or household items?
= Money

18. how many kids would you like to have?
= three

19. will you record your honeymoon in DVD/CD?
= yap..of coz..

20. whose wedding plan would you like to know next.
= all friend...haha

~This I Promise You~


When the visions around you
Bring tears to your eyes
And all that surrounds you
Are secret and lies

I`ll be your strength
I`ll give you hope
Keepin your faith when its gone
The one you should call
Was standing here all alone

( chorus )
And I will take you in my eyes
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise u

I`ve loved you forever
In lifetimes before
And i promise you never
Will you hurt anymore
I give you my word
I give you my heart

This is a battle we`ve won
And with this vow
Forever has now begun

Just close your eyes
Each lovin day and know this feelin won`t go away
Till the day my life is through
This I promise u

Over and over I fall
When I hear you call
Without youIn my life baby
I just wouldn`t be living at all

And I will take you in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise u

Just close your eyes
Each living day
And know this feelin` won`t go away
Every words I say is true
This I promise u

Every words I say is true
This I promise u



P/S : this song ditujukan buat si DIA..=)

Permulaan Kehidupan


Hari berganti hari..masa berganti masa..
Sedar tak sedar aku dah tamat belajar..
Pelbagai rencana ada dalam kepala...tapi tak tau mahu bermula di mana...
Pape pon aku perlu menghabiskan lesen memandu aku yang tertangguh sejak 6 bulan lalu..
Bukan malas atau takut..cuma belum mempunyai kelapangan waktu..=)
Selepas segalanya selesai baru aku akan memikirkan rencana seterusnya..


P/S : sedang berkira-kira mahu menyambung pelajaran...tapi di mana???